Tahniah kepada adik Nor AmiraAmirah Balqis Binti Abdul Raof dan asik Cinta Fifi Binti Abdul Aziz kerana berjaya mengharumkan nama SMK Kempas dengan merangkul Naib Johan Kategori Puteri Seni Tempur Bawah 18 Tahun dalam Pertandingan Silat Seni Daerah Johor Bahru di SMK Gelang Patah. Dua pesilat puteri tersebut diiringi oleh Encik Mohammad Bin Hj Osman.
Pesilat Puteri SMKK Naib Johan Seni Tempur
2 Orang Pelajar SMKK Wakili Malaysia
Tahniah kepada adik Rezki Muhayat Syah Bin Syahri dan adik Arif Hidayatullah Bin Mohd Amin kerana telah berjaya mewakili Malaysia dalam Kejohonan 8 Sebelah Samsung Youth Challenge Trophy 2016 di Nantong, China pada 25 Julai hingga 29 Julai 2016.
Sofbol L18 SMK Kempas Naib Johan Kejohanan Sofbol L18 MSSD Johor Bahru
Tahniah kepada Pasukan Sofbol Lelaki 18 Tahun SMK Kempas yang dibimbing oleh Encik Yaacob Ismail dan Ustazah Nor Azmah Jaapar kerana berjaya merangkul Naib Johan dalam Kejohonan Sofbol MSSD Johor Bahru yang berlangsung dari 19hb Julai sehingga 21hb Julai 2016.
Sofbol P18 Naib Johan Kejohanan Sofbol P18 Daerah Johor Bahru
Tahniah kepada Pasukan Sofbol P18 SMK Kempas kerana berjaya merangkul Naib Johan dalam Kejohanan Sofbol P18 Daerah Johor Bahru bagi tahun 2016. Pasukan bimbingan Encik Yaacob Ismail dan Ustazah Nor Azmah Jaapar telah memperbaiki kedudukan daripada kedudukan ke-3 pada tahun 2015.
Muka 4 daripada 8